Tips beli rumah lelong
Bagaimana membeli rumah lelong 1. Menyediakan Deposit Amaun deposit adalah bersamaan 5% ATAU 10% daripada Harga Rezab. Anda perlu memastikan amaun ini daripada terma-terma di dalam Pengisytiharan Jualan (Proclamation of Sales) di iklan-iklan lelongan tersebut di akhbar atau pun melalui pelelong berkenaan. Contact the auctioneer for a copy of the POS. 2. Membuat Bayaran Deposit Kebiasaannya 2 jenis bayaran yang diterima untuk deposit adalah melalui ‘Bankers Cheque dan ‘Cashiers Order’. Ada juga pelelong yang terima Kad Kredit atau Tunai. Sekali lagi, anda perlu dapatkan maklumat ini di dalam Pengisytiharan Jualan atau menghubungi pelelong berkenaan. Adalah sebaiknya untuk mengelak daripada membayar secara Tunai. 3. Mendaftar Diri sebagai Pembida Hadir awal 1/2 jam sebelum lelongan untuk pendaftaran. Pastikan anda membawa bersama deposit anda untuk pendaftaran dan mendapatkan resit bayaran/borang pendaftaran pembida daripada pelelong. ...