Tips beli rumah lelong

Bagaimana membeli rumah lelong



1. Menyediakan Deposit

Amaun deposit adalah bersamaan 5% ATAU 10% daripada Harga Rezab.

Anda perlu memastikan amaun ini daripada terma-terma di dalam Pengisytiharan Jualan (Proclamation of Sales) di iklan-iklan lelongan tersebut di akhbar atau pun melalui pelelong berkenaan.

Contact the auctioneer for a copy of the POS.


2. Membuat Bayaran Deposit

Kebiasaannya 2 jenis bayaran yang diterima untuk deposit adalah melalui ‘Bankers Cheque dan ‘Cashiers Order’.
Ada juga pelelong yang terima Kad Kredit atau Tunai.
Sekali lagi, anda perlu dapatkan maklumat ini di dalam Pengisytiharan Jualan atau menghubungi pelelong berkenaan.  Adalah sebaiknya untuk mengelak daripada membayar secara Tunai.


3. Mendaftar Diri sebagai Pembida

Hadir awal 1/2 jam sebelum lelongan untuk pendaftaran.


Pastikan anda membawa bersama deposit anda untuk pendaftaran dan mendapatkan resit bayaran/borang pendaftaran pembida daripada pelelong.

Sila pastikan juga no. lelongan hartanah adalah sama dengan hartanah yang ingin dibida oleh anda.  *Elakkan daripadamemaklumkan kepada orang yang tidak dikenali daripada mengetahui hartanah yang ingin anda bida dan juga harga tertinggi yang sanggup anda bida.  Ini adalah untuk mengelakkan daripada diketahui oleh sindiket di lelongan tersebut.

keyword “Ulat”. Ini akan saya kisahkan dalam artikel yg lain.



4. Menggunakan Ejen sebagai wakil anda

Boleh mendapatkan khidmat ejen hartanah yang boleh bertindak sebagai wakil kepada anda untuk membuat bidaan.


Pastikan ejen tersebut adalah daripada wakil syarikat ejen hartanah yang sah, seperti saya.




5. Membuat Bidaan

Anda akan diberikan pad bidaan untuk membuat bidaan apabila giliran hartanah yang ingin dibida anda tiba.  Pelelong akan membaca sedikit maklumat asas mengenai hartanah sebelum bidaan dimulakan pada harga rezab.  Pelelong juga biasanya akan mengumumkan amaun kenaikan setiap bidaan jika terdapat lebih dari satu pembida, contohnya kenaikan RM1,000 pada setiap bidaan.  Anda hanya perlu menunjukkan no. bidaan anda apabila ingin membuat bidaan.  Lelongan akan berhenti apabila tiada lagi persaingan untuk bidaan.


6. Pengumuman pembida berjaya

Setelah tiada lagi pembida yang memuat tawaran lebih tinggi, pelelong akan mengira sehingga 3 (1,2,3) dan seterusnya mengetuk tukul menandakan lelongan ditutup dan mengumumkan pembida yang berjaya. Pembida yang berjayakemudiannya dikehendaki untuk menandatangani borang penerimaan belian dan membayar baki deposit kepada pelelong selepas lelongan berakhir pada hari yang sama.



7. Mendapatkan Pinjaman

Dalam tempoh 90 atau 120 hari (tengok balik dalam POS), pembeli dikehendaki menjelaskan baki harga jualan sama ada dengan mendapatkan pinjaman ataupun membayar tunai.  Jika tidak dilaksanakan, pembeli berisiko berhadapan kehilangan wang deposit melainkan kelewatan adalah bukan disebabkan oleh pembeli. Boleh minta lanjutan tempoh drpd pihak Bank tetapi atas budi bicara bank tersebut untuk memberi lajnutan tersebut. (bahaya!)

Tidaklah begitu susah untuk membeli rumah lelong. Cuma perlu penuhkan ilmu di dada dahulu


Anybody interested in purchasing auction properties ?

Rumah Lelong 2009 Auction properties.

CIMB RHB OCBC




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

RUMAH SEWA SIMPANG RENGGAM