Catatan

Tunjukkan catatan dari September 14, 2014

kenapa takut hendak beli rumah

BILA MASA YANG SESUAI UNTUK KAUT UNTUNG? SEBELUM MEMBELI ATAU SELEPAS MENJUAL? Kebanyakan investor terlepas pandang perkara ini. Apabila kita fokus untuk mengaut untung semasa menjual hartanah kita, kita akan cenderung untuk meletakkan harga yang lebih mahal semasa menjual. Tetapi, jika kita fokus untuk mengaut untuk semasa MEMBELI hartanah, kita akan lebih cenderung untuk mencari hartanah yang lebih murah daripada harga pasaran. Dan apabila kita menjual hartanah itu nanti, kita mampu untuk meletakkan harga yang kurang sedikit daripada orang lain. Jadi, hartanah kita akan cepat laku. Fahami cara investor genius berfikir. Kebanyakan orang tertangguh-tangguh untuk membeli rumah pertama mereka kerana ada perasaan takut. Takut kena tipu. Takut loan tak lepas. Takut tak boleh bayar. Takut duit deposit hangus. Takut rumah tak siap. Takut macam macam. Tapi, semua ketakutan itu boleh dikurangkan dengan ilmu. Nina selalu pesan, sebelum memulakan sesuatu pelabu