Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos 4, 2014

Tips beli rumah nak tuntut pampasan sebab lewat

Bagaimana nak kira jumlah tuntutan akibat kelewatan pemaju menyiapkan rumah? Ceritanya begini... Wahab membeli rumah daripada pemaju berharga RM200,000 dan menandatangani perjanjian jualbeli (SPA) pada 31 Januari 2014. Tempoh pembinaan adalah selama 24 bulan (2 tahun) dan dijangka siap mengikut jadual pada 31 Januari 2016. Setelah genap 2 tahun, Wahab mendapati projek perumahan berkenaan masih belum siap sepenuhnya dan berlaku kelewatan. Akhirnya, pada 31 Ogos 2016 projek dapat disiapkan dan sijil layak menduduki dikeluarkan serta kunci rumah diberikan. Walaupun rumah itu dah siap tetapi Wahab tetap tidak berpuashati dan ingin mengambil tindakan terhadap pemaju tersebut. Berapakah nilai tuntutan yang patut Wahab dapat di atas kelewatan berkenaan? Butir-butir tuntutan: 1. Tarikh SPA ditandatangani (Bayaran 10% deposit) = 31 Januari 2014 2. Tarikh serahan sepatutnya dalam SPA (24 bulan) = 31 Januari 2016 3. Tarikh serahan sebenar Milikan Kosong oleh Pemaju = 31 Ogos 2016 (