kenapa takut hendak beli rumah




BILA MASA YANG SESUAI UNTUK KAUT UNTUNG?
SEBELUM MEMBELI ATAU SELEPAS MENJUAL?

Kebanyakan investor terlepas pandang perkara ini.

Apabila kita fokus untuk mengaut untung semasa menjual hartanah kita, kita akan cenderung untuk meletakkan harga yang lebih mahal semasa menjual.

Tetapi, jika kita fokus untuk mengaut untuk semasa MEMBELI hartanah, kita akan lebih cenderung untuk mencari hartanah yang lebih murah daripada harga pasaran.

Dan apabila kita menjual hartanah itu nanti, kita mampu untuk meletakkan harga yang kurang sedikit daripada orang lain.

Jadi, hartanah kita akan cepat laku.

Fahami cara investor genius berfikir.

Kebanyakan orang tertangguh-tangguh untuk membeli rumah pertama mereka kerana ada perasaan takut.

Takut kena tipu.

Takut loan tak lepas.

Takut tak boleh bayar.

Takut duit deposit hangus.

Takut rumah tak siap.

Takut macam macam.

Tapi, semua ketakutan itu boleh dikurangkan dengan ilmu.

Nina selalu pesan, sebelum memulakan sesuatu pelaburan itu, fahami betul-betul tentang pelaburan tersebut.

Sama seperti hartanah.


Jika anda jawab YA kepada soalan-soalan di bawah, maka anda sememangnya newbie dan anda patut hadir.

✔ Belum pernah memiliki rumah?

✔ Tidak tahu untuk memulakan pelaburan hartanah?

✔ Tidak tahu cara terbaik untuk membeli rumah pertama anda?

✔ Tidak tahu bagaimana untuk mendapatkan pinjaman bank?

✔ Bagaimana untuk memiliki rumah idaman dikala harga rumah semakin mencanak?

✔ Tidak tahu kos-kos yang terlibat dalam membeli rumah?

✔ Takut untuk membeli rumah pertama?

✔ Tidak tahu bagaimana hartanah menjamin masa depan anda?

Sebelum berikan laluan untuk mereka menjadi penyewa, siasat latar belakang mereka terlebih dahulu.

Kesilapan tuan rumah yang akan merugikan mereka di kemudian hari adalah penyewa yang bermasalah.

Dapatkan maklumat sebanyak mungkin tentang penyewa anda.

Interview mereka. Tanya berapa pendapatan mereka.

Kalau boleh dapatkan reference tuan rumah lama.

Ada beberapa cara lagi untuk mengenalpasti penyewa yang berpotensi memberikan pulangan kepada kita.


Jom kongsikan pengalaman anda menguruskan penyewa.

Dalam pengurusan penyewa, ada beberapa cara kreatif dan genius yang anda boleh applikasikan untuk memastikan duit sewa sentiasa masuk ke akaun bank tanpa sebarang masalah.

Contohnya, berikan diskaun apabila membayar awal ataupun kenakan denda apabila lewat bayar.

Ada beberapa lagi cara bijak untuk menguruskan penyewa yang akan dikongsikan dalam...




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

RUMAH SEWA SIMPANG RENGGAM