Tips beli rumah nak tuntut pampasan sebab lewat

Bagaimana nak kira jumlah tuntutan akibat kelewatan pemaju menyiapkan rumah?

Ceritanya begini...

Wahab membeli rumah daripada pemaju berharga RM200,000 dan menandatangani perjanjian jualbeli (SPA) pada 31 Januari 2014. Tempoh pembinaan adalah selama 24 bulan (2 tahun) dan dijangka siap mengikut jadual pada 31 Januari 2016. Setelah genap 2 tahun, Wahab mendapati projek perumahan berkenaan masih belum siap sepenuhnya dan berlaku kelewatan. Akhirnya, pada 31 Ogos 2016 projek dapat disiapkan dan sijil layak menduduki dikeluarkan serta kunci rumah diberikan. Walaupun rumah itu dah siap tetapi Wahab tetap tidak berpuashati dan ingin mengambil tindakan terhadap pemaju tersebut. Berapakah nilai tuntutan yang patut Wahab dapat di atas kelewatan berkenaan?

Butir-butir tuntutan:

1. Tarikh SPA ditandatangani (Bayaran 10% deposit) = 31 Januari 2014

2. Tarikh serahan sepatutnya dalam SPA (24 bulan) = 31 Januari 2016

3. Tarikh serahan sebenar Milikan Kosong oleh Pemaju = 31 Ogos 2016

(Kiraan lewat bermula dari 31 Januari 2016 hingga 31 Ogos 2016 = 212 hari)
______________________________________

Pengiraan Kelewatan Serahan Milikan Kosong:

10% x (Harga Rumah) x (Bilangan Hari Kelewatan) / 365 hari

10% x (RM200,000) x (212 hari) / 365 hari = RM11,616.45
______________________________________

Pengiraan Kelewatan COMMON FACILITY (Kemudahan Masyarakat)

10% x (20% daripada Harga Rumah) x (Bilangan Hari Kelewatan) / 365 hari

10% x (RM40,000) x (212 hari) / 365 hari = RM2,323.30
______________________________________

JUMLAH TUNTUTAN KESELURUHAN =

RM13,939.75 SAHAJA
______________________________________

Di mana sepatutnya Wahab mengadu?

Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah

*Simpan untuk rujukan... Blog atas untuk rujukan sahaja 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

RUMAH SEWA SIMPANG RENGGAM