Tips rumah lelong ke 2

Beli Rumah Lelong Cara Mudah
10/11/13 · Kuala Lumpur ·
‪#‎Tips‬
Masih ramai lagi yang PM admin bertanya berkaitan proses2 pembelian rumah lelong. Admin dah post kan sebelum ini siap ada link lagi, tapi mungkin yang bertanya tu tak lihat post2 yang lalu. tak pa memandangkan harini adalah hari jumaat, hari yang mulia penghulu segala hari maka Admin pun agak lembut dan berbesar hati nak copy n paste balik (ayat poyo sikit). Sila lihat di bawah proses2nya :

A. Sebelum Hari Lelong

- Dapatkan alamat
- Lihat sendiri rumah lelong tersebut.
- Budget kos yg terlibat untuk baik pulih dan sebagainya.
- Buat carian hak milik di pejabat tanah.
- Semak tunggakan bil seperti maintenance, air, elektrik, indah water jika rumah kosong.
- Dapatkan salinan surat pengisytiharan lelong oleh mahkamah atau pejabat peguam yg berkenaan daripada agen pelelong. (Segala syarat pembayaran dan tanggungan (claim) ada dalam surat tersebut).
- Semak kelayakan pinjaman dari bank. (Jika ingin memohon pinjaman)
- Buat bank draf 10% daripada harga rizab rumah. (Pastikan tiada kesalahan ejaan pada bank draf)

B. Semasa Lelongan

- Bawa kad pengenalan asal dan copy
- Bawa Bank draf
- Datang awal sebelum waktu lelongan untuk pendaftaran.
- Sediakan RM 100 untuk tujuan mati setem. (Jika menang)
- Setkan budget harga bidaan dahulu iaitu harga yang kita mampu. Jika melebihi budget tersebut, tarik diri jangan terlalu emosi.
- Bawa duit lebih (tunai) untuk membayar beza 10% daripada harga belian.
Cth
-- Harga rezab: RM100,000
-- Bank draf: RM10,000
-- Menang lelong pada harga: RM120,000
-- 10% x RM120,000 = RM 12,000
-- Bayaran tambahan yang perlu dibayar tunai selepas menang lelong: RM120000 – RM10000 = RM2000.

C. Selepas lelongan

- Mohon pinjaman
- Lantik peguam (untuk proses tukar hak milik. Bagi mengurangkan kos, lantik peguam yg sama untuk pinjaman perumahan dan urusan tukar hak milik).
- Jelaskan baki harga rumah dalam tempoh 90 hari atau 120 hari.
- Sediakan kos khidmat peguam. kebiasaan3%-6% dari harga rumah.
- Selepas penukaran hak milik selesai, jeng jeng jeng rumah tersebut telah sah disisi undang2 menjadi milik tuan/puan. Bolehlah nak bagi cantikkan atau nak terus bagi penyewa duduk.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

RUMAH SEWA SIMPANG RENGGAM